Saturday, February 6, 2010

J0m kita blaja bahasa kelate!!

Salam smua..hari nie aku nk ajar kowang bahasa kelantan...xbanyak tapi kena ingat ada di antara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO

Komen kurang ajar di Facebook lagi....adoyaiii


Entry sebelum ini menghina Melayu. Kali ni lagi kurang ajar menghina Nabi Muhammad SAW.

Tip-Tip pengurusan marah

Cara yang terbaik untuk meredakan kemarahan adalah dengan mengambil wudhu' setiap kali perasaan itu datang. Di samping membaca ayatul Qursi, zikrullah, istighfar serta sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan. Kita harus menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah syaitan akan berpesta dan itulah cara mudah untuk dia mempengaruhi kita. Bermakna orang yang sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan. Bagi memadamkannya ia perlukan air. Air wudhu'lah yang harus kita gunakan bagi membanteras sikap mazmumah di dalam diri kita oleh sikap marah melampau.

Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah ? Apa untungnya aku marah ?
Orang yang marah sebenamya mempamerkan kebodohannya . , jadi mulai hari ini, tanamkan sikap untukmenahan rasa marah dan cuba senyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan.

Cubalah berjenaka dan anggap masalah itu cuma hiburan . Jangan begitu serius semasa bekerja(terlampau memikirkan kerja sehingga sukar memahami orang lain) kerana ini akan menyebabkan anda sering tertekan.. Dengan itu sikap yang sebegitu keras akan menekankan perasaan orang. Sekaligus menjauhkan orang lain dari kita dan itu akan mengundang tekanan dalam diri. Kurangkan aktiviti yang menekan minda , carilah perbualan yang positif dan jangan cuba berbual perkara yang negatif seperti mengumpat orang, menyebarkan fitnah dan lain-lain. Ini kerana berita-berita kosong akan menyakitkan minda dan jiwa seterusnya akan meletuskan rasa amarah yang teramat.


/*Kalau rasa tertekan dengan kerja, cubalah bertenang , rehatkan minda seketika dan cuba buat sesuatu contohnya melukis, menulis dan lain-laintapi jangan pula ambil kesempatan sehingga mengabaikan tugas kita yang sebenarnya.